Custom Search
"DEMI MASA MANUSIA SENTIASA DALAM KERUGIAN"

Saturday, August 9, 2008

MAHATHIR: BN TIADA CALON 'ISTIMEWA' HADAPI ANWAR...!

Harakahdaily Sat Aug 09, 08 5:51:40 pm MYT


KUALA TERENGGANU,9 Ogos (Hrkh) - Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai calon "istimewa" yang mampu menentang Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.
Menurut laporan Bernama,bekas Perdana Menteri itu berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) itu akan memenangi pilihan raya tersebut kerana ia merupakan kubu kuat beliau di samping BN juga sudah hilang kredibiliti setelah gagal menawan kawasan berkenaan pada beberapa pilihan raya umum lepas.
"Ketika ini, saya tidak nampak sesiapa (calon), tentunya dari BN. Anwar akan menang. (Tapi) apa yang menarik ialah margin.
"Sama ada (undi) lebih besar dan lebih kecil dari apa yang beliau (Anwar) dapat pada masa lepas," katanya ketika ditanya mengenai pandangan beliau berhubung calon yang mampu menentang Anwar pada pilihan raya tersebut.
Dr. Mahathir bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan pada forum bertajuk "Cabaran Melayu Masa Kini: Memperkasakan Melayu" anjuran Barisan Bertindak Akar Umbi Melayu Terengganu, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, jika Anwar memperoleh majoriti yang lebih besar, ia tidak bermakna bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu semakin popular dan mendapat sokongan rakyat.
Sebaliknya, bekas Perdana Menteri berkata ini menunjukkan bahawa BN khususnya Umno sudah semakin tidak diterima rakyat.
"Jika majoriti undi yang diperolehi Anwar kurang... Umno boleh terus ke depan (untuk kembali mendapat sokongan rakyat)," katanya.
Ditanya mengenai pandangan sesetengah pihak supaya beliau bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil itu, Dr Mahathir berkata: "Tak mungkin. Saya telah berundur pada 2003 dan saya telah kata saya tidak akan datang semula. Tetapi saya punya hak sebagai warga untuk membuat ulasan mengenai negara saya."
Beliau berkata, jika terdapat calon Bebas bertanding pada pilihan raya kecil itu, ia akan hanya memecahkan undi calon BN dan KeADILan.
"Terpulang siapa (calon Bebas) yang bertanding. Kalau dia daripada serpihan PAS, kemungkinan ia akan mengurangkan undi kepada Anwar... kalau dia bekas Umno, maka dia akan menambah kelebihan undi kepada Anwar. Tetapi tidak ada kemungkinan calon Bebas ini akan menang," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir berpendapat Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan kekal sebagai Presiden Umno walaupun Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menawarkan diri untuk merebut jawatan berkenaan pada pemilihan parti itu Disember ini.
"Ku Li (Tengku Razaleigh) harus menilai sokongan ahli. Saya dapati cuma di peringkat rendah (akar umbi) yang menyokongnya. (Sebaliknya) Pak Lah mendapat sokongan daripada Ketua-Ketua Bahagian Umno sehingga mereka tidak boleh buka mulut sama sekali.
"Dulu mereka (Ketua Bahagian) yang pernah cabar Datuk Seri Abdullah, sekarang senyap... saya fikir susah (bagi Tengku Razaleigh untuk menang). (Bagaimanapun) dalam parti Pak Lah akan menang tetapi dalam pilihan raya, dia akan kalah," katanya. - mks. _

Friday, August 8, 2008

GAMBAR PILIHAN...!




Anwar & keluarga menuju mahkamah, mengaku tidak bersalah, kes disebut semula pada 10 September depan

Wednesday, August 6, 2008



TUGU NEGARA ADA UNSUR BERHALA - GANTIKAN...!

Ditulis oleh Jimadie Shah Othman
Tuesday, 05 August 2008


Malaysia tidak memerlukan Tugu Peringatan Negara kerana ia "mempunyai unsur-unsur keberhalaan" dan "bukan warisan kita", kata mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin."Ia (tugu itu) patut digantikan dengan perkara lain," katanya kepada Malaysiakini.Beliau diminta mengulas sama ada monumen bersejarah itu wajar dirobohkan kerana didakwa mempunyai unsur-unsur keberhalaan yang bertentangan dengan ajaran Islam.Jumaat lalu, mufti itu menyarankan perdana menteri atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di tugu berkenaan sempena Hari Pahlawan 2008 agar bertaubat kepada Allah.Menulis di blognya bersama foto Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan kalungan bunga (foto kiri), Dr Mohd Asri berkata:"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan."Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin."Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan."Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar."Khamis lepas, selepas perdana menteri, acara peletakan kalungan bunga disusuli panglima angkatan tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.(Gambar kiri - tabik pada berhala ?)Dr Mohd Asri turut menyifatkan acara memperingati pahlawan di Tugu Negara sebagai tindakan untuk "mengalihkan pandangan" awam terhadap isu kebajikan keluarga-keluarga bekas tentera."Ia mengalihkan pandangan terhadap isu sebenar. Adakah dengan memberi penghormatan di Tugu Negara dapat membantu kaum keluarga pejuang kita? Adakah elaun, gaji, pertolongan terhadap ahli keluarga bekas pejuang terbela?" katanya hari ini.Beliau menjelaskan, perbuatan memberi hormat kepada Tugu Negara adalah haram mengikut fatwa kebangsaan dan fatwa Perlis."Sebab itu sewaktu Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis menjadi Yang di-Pertuan Agong dulu, baginda tidak pernah berbuat demikian," katanya.Diminta mengulas tentang jenis-jenis patung yang dibenarkan dalam Islam, beliau berkata, pada asalnya semua patung tidak dibenarkan tetapi terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.Namun, katanya, unsur membesar-besarkan patung tetap tidak dibenarkan.Patung jika digunakan untuk tujuan perubatan, penyelidikan dan pendidikan adalah dibenarkan, katanya.Ditanya tentang penggunaan patung untuk tujuan kesenian, beliau berkata, Islam tidak menghalang kesenian, tetapi mestilah ada batasnya.Patung tidak boleh membesarkan objek asalnya atau imej yang dipatungkan, tambah Mohd Asri.

Monday, August 4, 2008

PENGGUNAAN DAKWAT,PERMATANG PAUH MEDAN TERBAIK BAGI SPR...!

Mohd Sabri Said Mon Aug 04, 08 1:17:46 pm MYT
PERMATANG PAUH, 4 Ogos (Hrkh) -

Ketua Angkatan Muda (AMK) Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Shamsul Iskandar Mohd Akin mahu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mempraktikkan penggunaan dakwat hitam dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh kerana terbukti dakwat di jari itu tidak mengundang huru-hara sebagaimana yang disuarakan pengerusinya, Dato' Abdul Rashid Abdul Rahman menjelang pilihan raya umum ke-12 lepas.

Menurutnya, inilah masa terbaik untuk SPR menguji keberkesanan pelaksanaan dakwat di jari berbanding rasa was-was pada pilihan raya umum konon bimbang berlaku peristiwa yang tidak diingini.

"Inilah masanya SPR praktikan penggunaan dakwat hitam di jari daripada menggunakan kaedah lama yang dianggap lapuk," ujarnya dalam sidang media sempena perasmian Bilik Gerakerja pilihan raya kecil Permatang Pauh di No 27, Taman Cermai, Sama Gagah semalam.
Menurutnya, jika SPR mengambil langkah demikian rakyat di parlimen ini akan tercacat sejarah negara sebagai rakyat pertama menggunakan kaedah yang diterima pakai di serata negara maju.

Sementara itu, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dalam kenyataanya, yakin rakyat Permatang Pauh begitu matang untuk memilih siapa sebenarnya pemimpin.
"Rakyat di sini memerlukan kepimpinan yang matang maka tidak hairanlah dalam pilihanraya umum lepas mereka mengajar calon Barisan Nasional (BN), Dato' Firdaus Ismail dengan majoriti yang besar, " jelasnya. - mks._
-->


NAJIB: BN SUKAR GUGAT ANWAR...!

Jimadie Shah Othman Aug 1, 08 11:54am
kemaskini 1:56pm

Datuk Seri Najib Razak mengakui BN sukar menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon PKR di kerusi parlimen tersebut.

"Kita kena realistik, ia adalah kawasan yang sukar. Kita akan berusaha sebaiknya," kata timbalan perdana menteri hari ini.

Najib menambah, BN bagaimanapun tidak gentar menghadapi pilihanraya kecil itu kerana kerajaan pimpinan parti itu masih menguasai parlimen.

"Kerajaan tidak takut. Kita ada majoriti yang cukup (dalam parlimen). Tetapi Anwar memutuskan membawa kepada rakyat," katanya.

Mengulas kemungkinan BN meletakkan bekas setiausaha politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Nor sebagai calon untuk merampas kerusi itu, Najib berkara pemilihan calon masih belum dibincangkan.

"Kita tidak bincang soal calon lagi. Soal calon kita kena ikut proses (melibatkan) perbincangan di peringkat perhubungan (negeri) dan bahagian. Akhirnya pucuk pimpinan akan buat keputusan yang sewajarnya," katanya.

Mohamad Ezam, bekas ketua Pemuda PKR, pernah menawarkan diri bertanding atas tiket BN untuk menentang Anwar di Bandar Tun Razak dan Kulim-Bandar Baharu.

Najib bagaimanapun enggan menjelas bila BN akan berbincang untuk menetapkan calon terbaik untuk menghadapi tokoh utama pembangkang itu.

"Ia proses. Kita tidak perlu bagi tahu bila (akan) dibincang. Yang penting, perbincangan dibuat," katanya.

Mengulas sama ada karier politik Anwar akan tamat jika tidak dapat mempertahankan kubu kuatnya itu, Najib berkata:

"Kita tidak tahu. Beliau sudah buat kira-kira. Beliau rasa itu peluang terbaiknya. Kita letakkan pada rakyat untuk memutuskannya."

Anwar semalam mengumumkan bertanding di kerusi parlimen itu yang telah dikosongkan oleh isterinya pada sebelah pagi.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

Dr Wan Azizah menguasainya selama tiga penggal apabila Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Sementara itu perdana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, BN akan cuba merampas kembali kerusi parlimen itu.

BN tidak akan memberi kemenangan percuma kepada Anwar, katanya lagi selepas mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Al-Mutadee Billah di Putrajaya hari ini.