Custom Search
"DEMI MASA MANUSIA SENTIASA DALAM KERUGIAN"

Saturday, July 26, 2008

PEROKOK SEPERTI ‘ HAIWAN TIDAK MEMPUNYAI AKAL ’ , KATA TOK GURU

Dikirim pada Oktober 22, 2007 oleh editor

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengibaratkan perokok yang enggan menggunakan akal untuk menjaga kesihatan mereka adalah seperti haiwan yang tidak mempunyai fikiran.

Beliau berkata ini kerana orang masih merokok walaupun mereka tahu bahaya merokok kepada kesihatan.

“Tetapi kenapa perokok tidak mahu menggunakan akal untuk berfikir untuk berhenti merokok sedangkan mereka sedar tentang bahayanya. Makhluk yang tidak mahu berfikir adalah sama dengan haiwan, kerana haiwan tidak dianugerahkan pemikiran,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen kesedaran berhenti merokok di kalangan rakyat Kelantan di KB Mall hari ini.

“Meminum arak dan berjudi merupakan perlakuan yang dilarang Islam kerana ianya memudaratkan dan ini sama juga dengan merokok kerana ianya memudaratkan diri sendiri,” kata Nik Aziz.

Beliau berkata tabiat merokok, berjudi dan minum arak tidak mendatangkan sebarang faedah kepada manusia malah lebih memudaratkan.



Difailkan dalam: MB

0 comments: