Custom Search
"DEMI MASA MANUSIA SENTIASA DALAM KERUGIAN"

Saturday, July 12, 2008



TANDA2 UMNO AKAN LENYAP...!

Tsunami politik tanahair telah bermula sejak 9 Mac 2008. Mulai dari tarikh itu, satu demi satu perbalahan di dalam UMNO kelihatan. Seolah-olah parti itu menuju kearah kemusnahan. Hari ini kita dikejutkan dengan satu lagi peristiwa yang mungkin menjadi petanda kearah kelenyapan UMNO.


Utusan Meloya Melaporkan:



BATU PAHAT 11 Julai – Memorial Datuk Onn Jaafar yang terletak di kawasan Kelab Golf Batu Pahat di sini musnah dalam satu kebakaran petang ini.
Lebih 70 peratus bangunan yang pernah menjadi kediaman Allahyarham Datuk Onn itu hangus dijilat api..............

Datuk Onn yang merupakan pengasas UMNO dilahirkan pada 1895. Beliau meninggal dunia pada 1962 ketika berusia 67 tahun.

Anaknya, Allahyarham Tun Hussein Onn ialah Perdana Menteri yang ketiga manakala cucunya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kini Menteri Pelajaran...............



Mungkinkah ini adalah tanda-tanda yang Allah swt tunjukkan kepada kita.? Sebagaimana Allah swt menghukum sesuatu kaum atau negara itu dengan bencana. Kumpulan pemimpin yg zalim juga tidak akan terlepas dari hukuman dunia. Fikirkanlah.

Wallahualam bi shawab."

0 comments: