Custom Search
"DEMI MASA MANUSIA SENTIASA DALAM KERUGIAN"

Saturday, July 12, 2008

TV3 suku

"
TV3 suku 11/07/2008 melaporkan kenyataan Ezam yang antara lain mendakwa anggota Pakatan Rakyat telah terhakis kepercayaan kepada Anwar disebabkan tuduhan liwat Saiful Bukhari. Justeru itu masalah lain khususnya masalah ketidakstabilan negara dijadikan ‘kambing hitam’ untuk menutup perkara tersebut. Ezam juga seolah-olah membuat ugutan akan mendedahkan ‘isu’ di dalam PKR bersama-sama buktinya sekali.”Tunggulah sampai masanya saya akan dedahkan’, kata beliau.

Tertanya-tanya kenapa Ezam membuat dakwaan tersebut dan nampak begitu marah. Tetapi pertanyaan itu tidak lama dibiarkan tidak berjawab kerana selepas itu TV3 suku sendiri memaklumkan ‘ jika beliau terus diperlekehkan’.


Saya tidak pasti siapa maksud beliau pihak yang memperlekehkan beliau tersebut. Adakah pihak pembangkang, Pakatan Rakyat atau parti kesayangan beliau sekarang UMNO. Jika pembangkang yang memperlekehkan beliau, itu adalah normal. Tentulah ‘lawan’ tidak akan bercakap perkara baik tentang ‘lawan’ beliau. Bagaimanapun saya fikir ada asasnya pembangkang memperlekehkan beliau. Justeru tindakan beliau sendiri yang mendedahkan diri beliau kepada anggapan seorang manusia yang tidak setia, tidak ada pendirian dan lari daripada prinsip dan perjuangan beliau. Malah pembangkang susah hendak memegang janji beliau lagi. Dulu pun semasa di dalam Keadilan beliau kata ‘ada berkotak-kotak’ isu UMNO yang beliau akan dedahkan, tetapi sampai sekarang senyap bisu macam tu saja.Sekarang selepas berpaling tadah masuk UMNO, beliau sekali lagi membuat dakwaan yang lebih kurang sama untuk mendedahkan ‘isu’ di dalam PKR. Siapa lagi yang akan percayakan beliau?

Saya berpendapat Ezam seorang yang tidak mempunyai integriti. Selepas keluar Keadilan dan masuk UMNO, beliau menghentam PR dan Anwar bertalu-talu. Sedangkan Anwar sendiri saya tidak pernah mendengar membuat serangan kepada beliau. Seperti kata Anwar “Saya selama dia keluar (Keadilan) dua tahun yang lalu, dan dia serang saya bertubi-tubi, saya tak lawan pun”. Rakyat dapat menilai. Saya rasa bukan rakyat yang memperlekehkan diri beliau, sebaliknya beliaulah yang memperlekehkan diri beliau sendiri.

Saya rasa rakyat sudah hilang rasa hormat kepada Ezam.Rakyat sudah tidak peduli apa yang beliau katakan. Rakyat sudah tidak tertarik dengan kata-kata beliau lagi sepertimana rakyat pernah tertarik suatu masa dahulu. Malah saya rasa rakyat lebih tertarik dengan kata-kata Yap Kok Wah.

Siapa Yap Kok Wah? Beliau ialah seorang pemandu teksi berusia 45 tahun dari Seri Kembangan. Saya perturunkan petikan kata-kata beliau di dalam akhbar Suara Keadilan Edisi Khas versi terbaru; “Biarlah saya mati ditembak daripada disuruh percaya Anwar lakukan perkara sejijik itu,”kata beliau sambil menunjukkan isyarat tembak di kepalanya kepada pemberita Suara Keadilan apabila tinjauan awam dibuat mengenai isu itu. “Pada saya, semua ini bertujuan untuk menjatuhkan karier politik beliau yang sedang menuju puncak’.

0 comments: