Custom Search
"DEMI MASA MANUSIA SENTIASA DALAM KERUGIAN"

Saturday, July 12, 2008

Tidak setuju dengan abangnya

"
Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

”Sangat penting situasi politik diselesaikan. Maaf, saya tidak bersetuju dengan Timbalan Perdana Menteri yang mengatakan pelabur antarabangsa tidak terjejas.”kata Nazir mengulas kenyatan abangnya.

Selasa lalu, Najib berkata pelabur luar memikir dengan teliti untuk melabur di Malaysia kerana tinjauan ekonomi global, bukan sebab situasi politik tempatan.

Sedangkan kombinasi faktor ketidaktentuan dalam politik, peningkatan inflasi dan perkembangan ekonomi yang lemah telah menjadikan Pasaran Saham Kuala Lumpur dilihat menurun sebagaimana dilaporkan akhbar The Edge Isnin lalu.

0 comments: